Selasa, 8 September 2009

Solat Sunat Dhuha

Solat sunat Dhuna adalah sangat dituntut. Sesetengah ulama berpendapat solat sunat Dhuha mendatangkan keampunan dan kerahmatan Allah. Solat ini dilakukan ketika matahari pagi sedang naik sekadar seperdirian di ufuk timur.

Waktu yang lebih utama dikerjakan sekira-kira satu pertiga pagi, yang mana difahami dari kebiasaan bagi suasana di negeri Mekah sekira-kira kepanasan yang memaksa unta-unta mencari sedikit bayangan.

Kelebihan yang Allah janjikan bagi sesiapa yang mengerjakannya tak terhitung banyaknya. Antaranya adalah seperti diberi keampunan, dimurahkan rezekinya, dipermudahkan segala urusan kehidupannya di dunia dan di akhirat, dilapangkan dadanya dari kesempitan dunia dan sebagainya.
Sebagaimana yang diriwayatkan di dalam hadis Baginda yang berbunyi:

"Sesiapa yang menjaga (mengekali) sembahyang sunat dhuha, nescaya diampunkan baginya segala dosa, sekalipun dosa-dosanya seperti buih di lautan"

Bilangan Rakaat

Solat sunat Dhuha boleh dibuat sekurang-kurangnya dua rakaat satu salam. Sebanyak-banyaknya dua belas rakaat dengan setiap dua rakaat satu salam.

Cara Mengerjakannya

Lafaz niat:

Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala.

Cara Pertama:

Rakaat pertama:

Baca Fatihah dan baca surah al-Kafirun sekali

Rakaat kedua:

Baca Fatihah dan baca surah al-Ikhlas sekali


Cara Kedua:

Lafaz niat

Rakaat pertama:

Baca Fatihah dan baca surah as-Syamsi dan al-Kafirun sekali

Rakaat kedua:

Baca Fatihah dan baca surah ad-Dhuha dan al-Ikhlas sekali

Didalam sujud yang terakhir dibaca: Ertinya: Kurniakan padaku, wahai Yang Maha Mengurniakan ilnmu dan kebijaksanaan. Dan rezekikan daku, wahai Yang Maha Memberi rezeki. Jadikanlah ianya bagiku mudah.

Doa Solat Sunat DhuhaErtinya: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekelian alam, sebagai puji yang banyak, daripada hamba Mu, Ya Allah.

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya waktu Dhuha, Dhuha Mu, cahaya pagi, cahaya Mu. Dan keelokkan, keelokkan Mu. Dan kekuatan, kekuatan Mu. Dan pemeliharaan, pemeliharaan Mu.

Wahai Tuhan kami, jika ada rezeki kami di langit, turunkanlah ia, jika ada di bumi, keluarkanlah ia, jika ianya adalah sukar, maka permudahkanlah, jika adalah ia haram, persucikanlah ia, jika adalah ia jauh, perdekatkanlah, jika adalah ia sedikit, perbanyakkanlah ia, dengan hak waktu Dhuha Mu, dan cahaya pagi Mu, dan keelokkan Mu, dan kekuatan Mu, dan pemeliharaan Mu. Berikanlah kepada ku barang telah Engkau berikan kepada hamba Mu yang soleh.

Dan selawat dan salam ke atas penghulu kita Muhammad, dan ke atas ahli keluarga Baginda dan sahabat Baginda semuanya. Dan segala puji itu bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekelian alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan