Selasa, 8 September 2009

Solat Sunat Dhuha

Solat sunat Dhuna adalah sangat dituntut. Sesetengah ulama berpendapat solat sunat Dhuha mendatangkan keampunan dan kerahmatan Allah. Solat ini dilakukan ketika matahari pagi sedang naik sekadar seperdirian di ufuk timur.

Waktu yang lebih utama dikerjakan sekira-kira satu pertiga pagi, yang mana difahami dari kebiasaan bagi suasana di negeri Mekah sekira-kira kepanasan yang memaksa unta-unta mencari sedikit bayangan.

Kelebihan yang Allah janjikan bagi sesiapa yang mengerjakannya tak terhitung banyaknya. Antaranya adalah seperti diberi keampunan, dimurahkan rezekinya, dipermudahkan segala urusan kehidupannya di dunia dan di akhirat, dilapangkan dadanya dari kesempitan dunia dan sebagainya.
Sebagaimana yang diriwayatkan di dalam hadis Baginda yang berbunyi:

"Sesiapa yang menjaga (mengekali) sembahyang sunat dhuha, nescaya diampunkan baginya segala dosa, sekalipun dosa-dosanya seperti buih di lautan"

Bilangan Rakaat

Solat sunat Dhuha boleh dibuat sekurang-kurangnya dua rakaat satu salam. Sebanyak-banyaknya dua belas rakaat dengan setiap dua rakaat satu salam.

Cara Mengerjakannya

Lafaz niat:

Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala.

Cara Pertama:

Rakaat pertama:

Baca Fatihah dan baca surah al-Kafirun sekali

Rakaat kedua:

Baca Fatihah dan baca surah al-Ikhlas sekali


Cara Kedua:

Lafaz niat

Rakaat pertama:

Baca Fatihah dan baca surah as-Syamsi dan al-Kafirun sekali

Rakaat kedua:

Baca Fatihah dan baca surah ad-Dhuha dan al-Ikhlas sekali

Didalam sujud yang terakhir dibaca: Ertinya: Kurniakan padaku, wahai Yang Maha Mengurniakan ilnmu dan kebijaksanaan. Dan rezekikan daku, wahai Yang Maha Memberi rezeki. Jadikanlah ianya bagiku mudah.

Doa Solat Sunat DhuhaErtinya: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekelian alam, sebagai puji yang banyak, daripada hamba Mu, Ya Allah.

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya waktu Dhuha, Dhuha Mu, cahaya pagi, cahaya Mu. Dan keelokkan, keelokkan Mu. Dan kekuatan, kekuatan Mu. Dan pemeliharaan, pemeliharaan Mu.

Wahai Tuhan kami, jika ada rezeki kami di langit, turunkanlah ia, jika ada di bumi, keluarkanlah ia, jika ianya adalah sukar, maka permudahkanlah, jika adalah ia haram, persucikanlah ia, jika adalah ia jauh, perdekatkanlah, jika adalah ia sedikit, perbanyakkanlah ia, dengan hak waktu Dhuha Mu, dan cahaya pagi Mu, dan keelokkan Mu, dan kekuatan Mu, dan pemeliharaan Mu. Berikanlah kepada ku barang telah Engkau berikan kepada hamba Mu yang soleh.

Dan selawat dan salam ke atas penghulu kita Muhammad, dan ke atas ahli keluarga Baginda dan sahabat Baginda semuanya. Dan segala puji itu bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekelian alam.

Rabu, 19 Ogos 2009

Majlis Di Ambang Ramadhan




As-Salamu'alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh wa maghfiratuh. Alhamdulillah wa asy-syukrillah di atas mikmat Iman dan Islam, yang telah melanjutkan usia kita, memberi kesihatan tubuh badan, memberi kita peluang untuk kembali bertaubat kepadaNya, sesungguhnya kepadaNYA jualah tempat kita kembali. Semoga curahan kasih sayang dan rahmatNYA ALLAH 'Azzawajalla sentiasa menyejukkan sanubari kita berserta keluarga hingga sentiasa dalam 'InayahNYA setiap saat.

Syukur alhamdulillah, dengan izin ALLAH, sempena menyambut kedatangan bulan mulia bulan Ramadhan satu majlis DI AMBANG RAMADHAN telah diadakan di surau Kg Mahligai sebagai aktiviti mingguan surau.

Majlis diisi dengan bacaan Al'Mathurat, solat sunat Dhuha, solat sunat Tasbih, Bacaan Yassin Fadhilah dan Tazqirah Ramadhan

Solat sunat Dhuha dan Solat Tasbih dipimpin oleh Ustazah Raja Zawiyah manakala Tazqirah oleh Usatazah Zainab yang dihadiri oleh penduduk-penduduk sekitar kampung berdekatan.

Terima kasih pada yang telah sudi menjayakan majlis ini, semoga Allah memberi keberkatan

Semoga kita perolehi manfaat dari nya pada zahir dan batin, di dunia dan di Akhirat. Kepada mereka yang telah menjayakan majlis ini secara langsung mahupun tidak, semoga ALLAH `Azzawajalla menyambut serta membalas nya dengan sebaik-baik ganjaran pada zahir dan batin, di dunia dan Akhirat. Amin

Selasa, 11 Ogos 2009

Berserahlah diri Pada Allah

Syukur diatas nikmat iman dan nikmat Islam, nikmat sihat dan nikmat masa lapang. Semoga kita semua berada di bawah naungan Taufiq, Hidayah, 'Inayah, Maghfirah. Rahmat, Peliharaan, Kasih Sayang serta Keredhaan ALLAH.




Insyaallah, aktiviti surau Haji Tuan Soh Kg Mahligai berjalan seperti biasa dengan rahmat dan izin Allah. Pada hari Jumaat 14hb Ogos 2009 bersamaan 23 Syaaban 1430H, Kelas Bacaan Yasin dan Tazkirah akan diadakan seperti biasa iaitu pada jam 3.00 petang. Kelas akan dikendalikan oleh Ustazah Zainab Zakaria dan akan dimulai dengan Solat Hajat, Solat Taubat, Bacaan Yassin, Tazkirah dan Solat Asar.
Jamuan ringan disediakan.
Semua muslimat yang tinggal di Kampung Mahligai, Melor, Alor Bakat, Pak Badol, Bunut Rendang, Kg Kolam serta kampung-kampung sekitar dijemput hadir beramai-ramai untuk sama-sama menjayakan program mingguan ini.
Bersama-samalah kita berhimpun pada hari itu untuk memohon Rahmat ALLAH, supaya ALLAH mahu mengasihani kita, supaya ALLAH Melihat kepada kita, semoga ALLAH memberi kita dari PemberianNYA dan semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita.
Ya ALLAH, YA RABB, YA RAHMAN, YA RAHIM,
YA HAYYU, YA QAYYUM, YA DZAL JALALIWAL IKRAM

Ahad, 9 Ogos 2009

CARA MELAKUKAN SOLAT TAUBAT

................SOLAT TAUBAT.......................

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat. Sebagai hambaNya yang lemah kita tidak dapat lari dari melakukan dosa-dosa samada kecil atau besar, dosa yang sengaja atau tidak disengajakan, dosa yang zahir mahu pun yang tersembunyi. Jadi berusahalah untuk sentiasa berada di dalam keredhaan Allah swt.
Perbanyakkan Istighfar dan lakukanlah solat Sunat Taubat yang merupakan solat sunat memohon keampunan dari Allah swt supaya diampunkan segala dosa-dosa kita.

SYARAT-SYARAT TAUBAT
  1. Ikhlas ingin bertaubat

  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi

  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan

  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama- lamanya.

  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba.

CARA-CARA MELAKUKAN SOLAT TAUBAT

Waktu di lakukan - bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail



  1. Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
  2. Rakaat pertama selepas membaca doa Iftitah baca surah Al- Fatihah.

3. Selepas itu baca surah Al-Kafirun 11 kali atau Ayat Kursi 11 kali atau mana-mana surah

dalam al-Quran.

4. Rakaat kedua baca Al-Fatihah kemudian diikuti dengan surah Al-Ikhlas 11 kali

5. Di dalam sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali

(bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala)


Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

6. Salam dan selepas salam, bacalah istighfar 10 kali atau 41 kali atau sebanyak mungkin

dengan hati yang ikhlas memohon keredhaan Allah.

Ertinya: Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada tuhan melainkan Dia . Dia Yang Maha hidup, lagi Yang Maha Hidup dengan sendirinya. Aku bertaubat kepadaNya, taubat seorang hamba yang zalim, yang tidak memiliki bagi dirinya kemudharatan dan manfaat, dan mati dan hidup dan kebangkitan kembali.

Dan berdoalah dengan Penghulu Istighfar,



Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Sabtu, 8 Ogos 2009

Indahnya Ramadhan

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang."

"Ya Allah! rahmatilah dan sejahterakanlah atas Penghulu kami
Muhammad dengan selawat yang terutama di mana Engkau berselawat ke atasnya dengan selawat itu, wahai yang mempunyai kemuliaan dan kemurahan, wahai yang Maha Pengasih dari kalangan mereka yang mengasihi. Dan sesungguhnya Allah telah redha dengan sahabat-sahabat Rasulullah sekaliannya. Dan telah redha kepada kami, kedua ibubapa kami dan anak-anak kami dan keseluruhan orang-orang yang beriman."

"Tuhan kami, sesungguhnya orang-orang yang menunggu kedatangan malam ini telah lama menunggu (akan tibanya), telah mengharap orang-orang yang mengharapkan dan ghairah terhadap kemurahanMu."

"Dan juga telah ghairah orang yang menuntut akan
(amalan-amalan) makrufMu. Untuk Engkau malam dari malam-malam yang lain di dalam bulan Ramadhan, tiupan-tiupan(roh), ganjaran-ganjaran dan hadiah-hadiah atas barang siapa yang Engkau kehendaki dan kalangan hamba-hambaMu. Maka jadikanlah kami Ya Allah!, juga kedua ibubapa kami dan anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, sahabat-sahabat kami dan sekalian orang-orang Islam dari kalangan yang telah mendapat pertolonganMu.

Kami berdoa kepadaMu sebagaimana perintahMu ke atas kami (agar berdoa) maka terimalah doa kami sebagaimana janjiMu terhadap kami sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji wahai yang Maha Pengasih dari kalangan mereka yang mengasihi."

"Ya Allah! yang membezakan antara batil dan hak, yang menurunkan al-Quran dengan hikmah serta penjelasan (berkatilah kami, Ya Allah di dalam bulan Ramadhan ini)"
"Ya Allah! yang membezakan antara batil dan hak, yang menurunkan al-Quran dengan hikmah serta penjelasan (berkatilah kami, Ya Allah di dalam bulan Ramadhan ini)"
"Ya Allah! yang membezakan antara batil dan hak, yang menurunkan al-Quran dengan hikmah serta penjelasan (berkatilah kami, Ya Allah di dalam bulan Ramadhan ini)"

"Kurniakanlah kepada kami Ya Allah (dengan kedatangan bulan Ramadhan dan curahan rahmatNya) tahun demi tahun atas barang apa yang Engkau kasihi dan redhai, wahai yang Maha Mengasihani dari kalangan yang mengasihani."

"Ya Allah! sesungguhnya Engkau pada malam ini dan setiap malam bulan Ramadhan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibubapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Engkau bebaskan dan ahli neraka tersebut

(Wahai Allah!, selamatkanlah kami dari api neraka dengan
kesejahteraan)"
(Wahai Allah!, selamatkanlah kami dari api neraka dengan
kesejahteraan)"
(Wahai Allah!, selamatkanlah kami dari api neraka dengan
kesejahteraan)"

"Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai
orang-orang yang sejahtera
(Wahai Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Pemurah, Engkau amat suka untuk mengampuni maka ampunilah kami)"
(Wahai Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Pemurah, Engkau amat suka untuk mengampuni maka ampunilah kami)"
(Wahai Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Pemurah, Engkau amat suka untuk mengampuni maka ampunilah kami)"

"Dan rahmatilah serta sejahterakanlah ke atas makhlukNya yang paling mulia penghulu kami Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda kesemuanya, dan segala pujian milik Allah Tuhan pentadbir sekalian alam)."

-Doa selepas solat sunat Tarawih- Ramadhan Milik Kita- Syeikh Haris Al-Haras.

MAHLIGAI INDAH


Bila kita membina mahligai indah di dunia, adakah ianya sebesar syurga Allah?, adakah ia seindah syurga Allah? Adakah ia akan utuh dan tidak rebah ke bumi walau apa pun musibah melanda? Dan adakah kita akan disemadikan dengan mahligai indah yang kita bina, dalam mahligai indah yang kita bina, apabila saat kematian menghampiri kita. Sesungguhnya hanya SYURGA ALLAH yang paling indah dan kekal abadi.

Imsakiyah Ramadhan 2009 1430H


Isnin, 27 Julai 2009

Salam....Aktiviti-aktiviti Surau Mahligai

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat r'anhum dan juga sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.

Bersyukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, kerana taufiq dan inayahNya kita bertemu di medium ini. Semoga ianya dapat memberi sedikit manafaat dan bimbingan kepada sekelian muslimin dan muslimat agar memperolehi ilmu untuk menghadapi cabaran bagi meneruskan kehidupan di dunia ini serta mendapat keredhaan Allah SWT di akhirat kelak. Insya Allah.

Semoga apa yang baik ini akan diperkenankan dan harapan semoga aktiviti usrah dan majlis-majlis ilmu yang dianjurkan di surau Kampung Mahligai ini akan dapat memberi ruang dalam kita mencari kebenaran di jalan Allah.

Sekian, Wa billahi taufiq wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.