Ahad, 9 Ogos 2009

CARA MELAKUKAN SOLAT TAUBAT

................SOLAT TAUBAT.......................

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat. Sebagai hambaNya yang lemah kita tidak dapat lari dari melakukan dosa-dosa samada kecil atau besar, dosa yang sengaja atau tidak disengajakan, dosa yang zahir mahu pun yang tersembunyi. Jadi berusahalah untuk sentiasa berada di dalam keredhaan Allah swt.
Perbanyakkan Istighfar dan lakukanlah solat Sunat Taubat yang merupakan solat sunat memohon keampunan dari Allah swt supaya diampunkan segala dosa-dosa kita.

SYARAT-SYARAT TAUBAT
  1. Ikhlas ingin bertaubat

  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi

  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan

  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama- lamanya.

  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba.

CARA-CARA MELAKUKAN SOLAT TAUBAT

Waktu di lakukan - bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail



  1. Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
  2. Rakaat pertama selepas membaca doa Iftitah baca surah Al- Fatihah.

3. Selepas itu baca surah Al-Kafirun 11 kali atau Ayat Kursi 11 kali atau mana-mana surah

dalam al-Quran.

4. Rakaat kedua baca Al-Fatihah kemudian diikuti dengan surah Al-Ikhlas 11 kali

5. Di dalam sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali

(bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala)


Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

6. Salam dan selepas salam, bacalah istighfar 10 kali atau 41 kali atau sebanyak mungkin

dengan hati yang ikhlas memohon keredhaan Allah.

Ertinya: Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada tuhan melainkan Dia . Dia Yang Maha hidup, lagi Yang Maha Hidup dengan sendirinya. Aku bertaubat kepadaNya, taubat seorang hamba yang zalim, yang tidak memiliki bagi dirinya kemudharatan dan manfaat, dan mati dan hidup dan kebangkitan kembali.

Dan berdoalah dengan Penghulu Istighfar,



Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan